Myspace Page Dividers

Life.

Tiada lagi senyuman ikhlas yang terukir di bibir seperti dulu. Tiada lagi ketawa senang yang aku lagukan untuk halwa pendengaran kalian.


Aku pernah senang. Apa yang aku nak, semua dapat. Kasih sayang yang aku beri dekat orang, semua dibalas. Sampaikan ada yang cemburu dengan kesenangan aku, kebahagiaan aku.

Sekarang, semuanya dah lain. Betul lah hidup kita ni bagaikan roda. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Aku terima ujian ni dengan hati yang terbuka. Hidup kita tak sentiasa di atas. Aku boleh terima semua ni sebab aku tau, pasti ada pelangi selepas turunnya hujan yang ditemani petir, guruh & kilat.

Dah takde tempat aku nak luahkan semua perasaan yang berkecamuk ni selain dari Allah SWT. Aku tak sanggup luahkan dekat Mama dengan Ayah. Sebab aku taknak dorang sedih tengok beban yang aku tanggung ni, sebab aku taknak tambahkan beban Mama dengan Ayah. Aku sanggup telan masalah ni mentah mentah. Asalkan Mama dengan Ayah taktau apa yang anak sulung mereka ni hadapi. Biar aku telan semua duri ni. Biar sakit. Aku dah tak peduli. Biarlah apa nak jadi dengan aku nanti. Asalkan Mama dengan Ayah tak risau fikirkan aku.

Aku taktau orang yang macam mana aku akan jadi bila masalah yang dihadapi ni, aku genggam seorang diri. Aku tahan air mata ni daripada jatuh. Ye! Ni bukan aku yang dulu! Aku dah banyak berubah! Terlalu kerap aku tahan air mata jatuh, terlalu kerap aku tahan mulut ni dari berbicara kotor, dan akhirnya terbinalah tembok di sekitar hati aku ni. Aku dah berani halang perasaan sayang masuk dalam hati ni, dah halang perasaan belas kasihan. Dan kini, aku seolah olah dah jadi orang yang takde perasaan. Orang nak kutuk apa pun, nak cakap apa pun, aku dah tak ambil kisah. Sebab apa? Sebab aku dah jelak dengan perangai orang orang yang perasan diri tu bagus sangat. Sebab aku rasa Allah SWT lebih layak beri balasan kepada mereka. Sebab aku tau, hidup mereka yang menyusahkan aku dengan family aku, tak akan senang sampai bila bila!

Ye, ini lah orang yang kau kata tak matang. Kau kata aku tak matang sebab perangai aku tergedik gedik, merajuk tak tentu pasal. Itu kau baru tengok dari luaran. Kau tak tau apa yang aku hadapi. Cakap aku tak matang, tak sedikit pun buat kau matang. Kalau kau matang sangat, kenapa cari aku? Aku tak akan pernah lupa apa yang terpacul dekat mulut kau dulu. Ye, kau yang duduk di hadapan aku.

Saat ni, aku lepaskan apa yang sudah terlerai. Cukuplah aku terkejar kejar untuk utuhkan kembali untuk jadikan ia macam dulu. Cukuplah. Mungkin ini petunjuk dari Tuhan setelah aku minta dariNya setiap kali habis solat. Kenapa nak paksa cantumkan balik bila dah renggang? Bila hati aku kata taknak, maknanya aku taknak! Jangan dipaksa. Aku jadi macam ni, bersebab. Rasanya, tak perlu aku nak jelaskan kenapa aku buat macam ni. Sebab aku tau, takde siapa yang akan faham. Takde siapa.

Aku tau, semua ni terjadi sebab aku yang terlalu ikutkan perasaan, terlalu emo. Aku tau. Dan sebab itulah, aku lepaskan benda yang taknak aku. Aku rasa aku tak layak untuk berada di samping mereka sebab telalu banyak sakitkan hati mereka. Mungkin sebab itulah aku menderita sekarang. Sebab aku terlalu mengongkong mereka. Ye, inilah balasan yang kau tertunggu tunggu. Puas?

Salah aku sebab aku terlalu sayangkan mereka. Salah aku sebab terlalu menjaga mereka. Salah aku sebab sanggup lukakan hati sendiri semata mata nak tengok mereka bahagia. Salah aku.

Aku pernah punya satu tahun yang indah. Yang aku tak akan lupa sampai terhentinya nafas. Tak akan.

Pink : Kind and Caring
Loving, beautiful, and sensitive, you're a very generous person. You're deeply connected to your feminine qualities. You tend to neglect yourself while you're busy taking care of others, and need to make time for yourself priority. You have a kind spirit.

Ye. Ini warna aku. Ini yang menggambarkan personaliti aku. Jangan berani diubah. Sebab itu hanya akan memburukkan keadaan. Sebab itu hanya akan jadikan aku seorang hipokrit. Abaikan ayat yang memuji aku. Aku tak perlukan semua tu. Yang aku cuba sampaikan, aku memang akan fikirkan orang lain dari diri sendiri. Kenapa nak ubah warna aku bila Tuhan dah cipta aku macam ni?

>> Ini umum. Kenapa nak terasa?
Bila dah jadi sebahagian dari hidup aku, terimalah aku seadanya. Seperti aku terima kau seadanya.