Myspace Page Dividers

Hati Mati.

Hati ini mati,
Terkujur rapi,
Di satu sudut itu,
Penuh dengan limpahan darah,
Yang mengalir tanpa henti.

Rasa ingin menyiat,
Perasaan celaka ini,
Yang sepertinya tidak mahu pergi,
Walau sudah di mamah hari.

Hati ini mati,
Ditikam hebat oleh si dungu,
Malah dirobek,
Tanpa ada rasa secebis kasihan.

Aku biarkan,
Hati ini,
Yang terkujur layu,
Sehingga busuk berbangkai.

Celakalah kau,
Wahai si dungu,
Yang fikirnya,
Aku mahu ada rasa ini.

Celakalah kau,
Wahai si dungu,
Pergi jauh,
Sampai mati.

14 July 2013.

Padamkan semuanya.
Rasa yang tidak patut ada ini.

Bisukanlah suara yang selalu berlegar di minda dan hati.

Agar tiada lagi bisikan yang menyebut namanya tika aku sendiri.

Wahai, jiwa.

Berserahlah pada Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Kerana Dia lebih tahu apa bakal jadi dalam hidup kelak.

Sungguh diri ini sudah memaksa diri untuk melupakan dia.
Apa tawakal kah yang harus aku lakukan kini?



Jiwang, jiwang, jiwangggggggg!

Post Jiwang Kali Ke 125 Juta.

Aku : "Pernah tak rasa macam nak luah tapi taknak luah sebab takut?"

Dia : "Haha selalu je aku rasa..."

Aku : "Tak best en?"

Dia : "Yeah. Xpe. Lupekan je. Act like normal. Pastu ok ah. Hehe"

Andai dia tahu perkara sebenar.
Andai dia tahu apa yang diluahkan.
Andai dia tahu dialah orangnya yang ingin aku luahkan segalanya.
Andai dia tahu...

Biarlah.
Biar dipendam semuanya.
Pendam rasa yang tidak masuk akal ni.
Biar dipendamkan.
Biar dibisukan.
Biar.
Mungkin lebih baik begini.

Tuhan,
Aku yakin Kau dengar segala bisikan halus dari hati ini.
Lekas hilangkan semuaNya.
Sungguh aku penat punya rasa begini.
Kenapa aku selalu suka dekat orang yang tidak sepatutnya?
Diamkan bisikan halus ini.
Bantulah aku untuk padam namanya.
Hanya padaMu aku bermohon,
Kerana tanpa restuMu,
Perasaan ini tetap kekal.
Apa lapan tahun itu,
Tidak cukup lamakah?

Wahai perasaan, diamlah. Dia punya orang lain. Yang lebih layak. Maka, berhentilah menyukainya.

Bila ada perasaan suka, semua orang akan jiwang. Antara pandai tunjuk dengan tidak je. Jadi, diam. Aku dan engkau tidak punya satu rasa, satu jiwa, satu hati. Jadi diamlah, wahai masyarakat. Kerana diam itu lebih baik dari berkata kata yang akan membuatkan engkau bodoh kelak.

Chapter 5, page 141 of 365.

Pernah ada rasa bahagia,
Namun untuk seketika cuma.
Mungkin diri ni hanyak berhak untuk merasa,
Apa itu derita.

Dia.

Dia.
Yang dulu, suka pau aku RM2 ketika di sekolah.

Dia.
Yang pernah duduk di belakang mejaku ketika aku mula kenal erti sekolah menengah.

Dia.
Yang bagi kotak hadiah aku beli RM7 di KLCC untuk dia kepada pelajar Jepun.

Dia.
Yang kadang-kadang, kotor pemikirannya.

Dia.
Yang mencari aku bila dia bosan. Hanya aku, katanya.

Dia.
Yang suka ambil kesempatan.

Dia.
Yang suka memaksa aku suka dia.

Dia.
Yang suka perasan aku sukakan dia.

Dia.
Yang aku selalu ragui.

Dia.
Yang suka perasan mata besar dan handsome.

Dia.
Yang tak suka One Direction.

Dia.
Yang sentiasa annoying.

Dia.
Yang suka membahan orang setiap saat.

Dia.
Yang tak berapa nak memenuhi kriteria fizikal aku.

Dia.
Yang suka hantar gambar-gambar perempuan mana entah kepada aku. *Buat semak* *SAKIT MATA! SAKIT HATI!*

Dia.
Yang suka Korea--tolonglah!!!

Dia.
Yang suka shopping dekat Uniqlo.

Dia.
Yang juga tidak menggemari movie yang ada darah, bunuh-bunuh, sama seperti aku.

Dia.
Yang aku kenal dari tahun 2006.

Dia.
Yang aku tidak sangka akan berhubung lagi sekarang.

Dia.
Yang nombor telefonnya, aku masih ingat.

Dia.
Yang dulu, satu-satunya orang yang telah menyedarkan aku ketika aku terpukau dengan hasutan syaitan.

Dia.
Yang selalu ada bila aku perlukan seseorang untuk tenangkan aku.

Dia.
Yang tak pernah ignore aku. Tak pernah.

Dia.
Yang ketika ber-message, ber-WhatsApp, semua pertanyaanku, semua ayatku, akan dibalas semuanya. Tak pernah tertinggal. Sikit pun tidak.

Dia.
Lelaki pertama yang memainkan gitar untukku.

Dia.
Yang aku fikir bila lagu Ruang Rindu dan Kenangan Terindah berkumandang.

Dia.
Yang aku pernah asyik mendengar suaranya ketika dia menyanyi.

Dia.
Yang membuatkan mataku tak lepas memandangnya bila dia berada di atas pentas.

Dia.
Yang pernah buatku rasa teruja bila dia berada di atas pentas--pegang microphone.

Dia.
Yang membuatkan aku rindu mendengar suaranya.

Dia.
Yang membuat tanganku sejuk beku ketika aku bertandang ke rumahnya pada Hari Raya.

Dia.
Yang setiap kali aku tarik nafas, nama dia terukir di hati.

Dia.
Yang pernah suka aku kerana aku suka dia.

Dia.
Yang lelaki pertama. satu-satunya lelaki yang mengucapkan kata maaf sebab tak dapat menyukai aku sebagaimana aku menyukai, mendambakan dia dulu.

Dia.
Yang aku fikir, aku dapat lupakan dia bila dah tak sama kelas.

Dia.
Yang muncul kembali dalam hidup aku sekarang.

Dia.
Yang berjaya menampal plaster, menjahit mana yang luka, mana yang tak dapat diubati.

Dia.
Yang menghargai aku walaupun bukan aku yang dijadikan pilihan hatinya.

Dia.
Yang aku kerap fikirkan kebelakangan ini.

Dia.
Yang buatku resah bila namanya tidak muncul di skrin telefonku.

Dia.
Yang membuatku rasa ingin insaf setiap waktu.

Dia.
Yang pernah aku suka bertahun lamanya.

Dia.
Yang aku tak pernah menyesal suka.

Dia.
Yang membuatku berperang dengan perasaan sendiri.

Dia.
Yang buat aku tersenyum ikhlas. Paling ikhlas!

Dia.
Yang wujudkan kembali rasa indah dalam hati.

Dia.
Yang berjaya membuat aku lupa seketika masalah dunia.

Dia.
Yang berjaya menimbulkan kembali perasaan dulu.

Dia.
Yang selalu aku rindu.

Dia.
Yang selalu aku fikirkan.

Dia.
Yang bukan untuk aku sebab dia terlalu sempurna ciri-cirinya.

Dia.
Yang paling sempurna pernah aku temui.

Ya Allah,
Aku mohon padaMu.
Matikanlah rasa ini.
Rasa yang makin mekar hari demi hari.
Kerna aku yakin,
Akar rasa ini mula bercambah dalam hati waktu demi waktu.
Rasa yang indah.
Rasa yang mekar mewangi.
Walau dulu rasa sakit yang aku alami,
Indah. Rasa sakit yang indah.
Jika dia bukan bakal lelaki halal buatku,
Matikanlah rasa ini.