Myspace Page Dividers

Penjelasan.

Aku dah bina satu rasa tabah untuk mengabaikan dan meninggalkan dia tanpa ucapkan apa apa, tanpa beri sebarang alasan. Tapi, hanya kerana hubungan yang terjalin dari sekolah lagi, meruntuhkan rasa tabah yang dibina sedikit demi sedikit.

Walaupun aku tak sure dengan perasaan ni terhadap dia, yang pasti, memang sakit. Dia tak rasa macam mana peritnya. Dia takkan pernah rasa. Aku bukan jenis gadis yang mengharapkan orang yang aku suka balas balik perasaan aku. Aku hanya seorang gadis yang mengharapkan perasaan ni hilang, sehilang hilangnya dan aku boleh ketawa seikhlas mungkin, boleh tidur dengan lena, boleh simpan air mata, boleh buat macam biasa bila berdepan dengan dia. Ye, aku nak bebas dari perasaan yang entah hape hape ni! Aku rimas tau tak dengan perasaan pelik ni.

Jangan salahkan aku kalau aku dah buat kata putus untuk jauhkan diri dari kau. Kau sendiri yang tulis dekat surat, cinta tak dibalas tu sakit. Kau sendiri yang kata.

Ini bukan cinta, bahalul! Aku geli!