Myspace Page Dividers

Sepanjang Cuti Semester.

Assalamualaikum and Good morning :)
Good morning?! Whoaaaa! Ahaha. Ye, aku update di pagi hari. Bangun awal okay harini. Pukul 6 dah bangun *muka bangga* Haruslah bangga kan sebab berjaya memaksa diri bangun pagi sebab sebelum sebelum ni, bila terjaga pukul 5 ke 6 ke mesti Chris Brown nyanyi "Don’t wake me up up up, don’t wake me up up up, don’t wake me up up up'' dekat telinga aku hahahaha. Hanya bersarapan pagi dengan Neslo panas serta dua keping roti yang disalut kaya sebab 'Amal dah habiskan nasi goreng tadi T.T Ye, kaya je. Tak mampu nak beli Nutella haha gedik. Tak perlu pelik kenapa aku cakap pasal breakfast panjang lebar ni sebab ini Aimie. Ye. Ini Aimie. Suka memanjangkan keadaan hehe.

Entry kali ini me nak cerita pasal cuti semester 2 bulan ni. Walaupun tak berapa awesome tapi awesome jugaklah sebab duduk Putrajaya kan bukan Perak. Dan, ternyata jelas yang aku bahagia di Putrajaya bila badan aku makin.... makin "comel". Ye, comel. Lagi comel dari Nasrul. Itu pasti. Eh, apa ni Nasrul ni? Shuuuhhh shhhuhhhhh haha just kidding, baby *buat muka comel* haha paling tak!
Comel siak Liam! Aaaaaa! *faints*
Aku start cuti semester dengan rasminya lepas habis paper Business Management, 2 May 2012. Semangat keluar dewan exam awal semata mata tak sabar nak cuti. Nampak tak betapa terseksanya jiwa aku berada di Perak? Nak sangat cepat baliknya hehe. So, lepas dah keluar dewan, redah hujan balik rumah sewa, call taxi, angkut barang, naik taxi, tunggu bas dan cabut. Terasa awesome di situ bila aku dengan Amalina lakukan semuanya dengan sangat pantas.
Biasalah. Aku dengan Amalina ni, bab balik Putra, sekelip mata boleh ghaib di Perak hehe. Dan bila sampai je Putrajaya Sentral, tunggu Ayah ambil, sampai rumah dan ahhhhhh terasa heaven-nya dapat bau Putrajaya, bau rumah. Okay, itu over.

Friday, 4 May, 2012
Aku sampai rumah hari Rabu. Hari Khamis keluar. Hari Jumaat pun keluar. Nampak tak betapa busy-nya aku? Haha. Hari Khamis aku tak ingat pergi mana. Hari Jumaat, ye aku ingat. Pergi Times Square dengan Atiqah, Nasrul, Naem & adik Naem. Siapa yang ajak? Budak yang nak exam pada minggu berikutnya. Si Naem le. Si Atiqah dengan Nasrul dah rasmi cuti semester dah time tu. Cakap je pergi Times Square tapi pergi Red Box seberang jalan hewhew. Tup tup dapat bilik karaoeke yang awesome en. Cuma aku tak berapa nak nyanyi sangat time tu sebab awkward ahahaha tak habis habis dengan awkward! Hehe :B

7 - 15 May 2012
Tarikh ni, tarikh aku kerja ahahahaha diam kamu diam! Konon nak kerja sebulan dua lah cerita lebatnya sekali disebabkan pagi Rabu ada briefing, aku dah fed up nak kerja. Rules Parkson sangat ketat dan kerja dekat situ sangat membosankan dan melelahkan. Tercongok je dekat situ. Aku dah le jenis taktau duduk diam. Kerja nak merayau je dah tu dapat kerja kena berdiri je haih give up le gayanya haha.

Thursday, 24 May, 2012
Yang ni pulak pergi Times Square lagi. Cuma berempat jela. Karaoeke lagi hehe & diorang bertiga shopping. Aku, beli baju tapi macam... menyesal beli muehehehe & beli tudung sehelai. Tak perlu cerita tapi ah lantak blog siapa sekarang ni haha.

Sunday, 27 May, 2012
Yang ni pergi Hari Belia & Jom Heboh. Hajat Atiqah dengan Amalina nak jumpa retis lah kan. Aku tak berapa nak ambil tahu sangat pasal retis dekat M'sia ni eceh kecuali Izzue Islam & Anuar Zain ahahaha dah kenapa tetiba Anuar Zain. Kitorang dapat jumpa Zizan, Awal, Johan (Botak), Zain Saidin... ramai lagi ah tapi semuanya tak berapa nak tarik perhatian aku sangat sebab dalam kepala otak ni asyik dok fikir mana Izzue Islam je haha. Kitorang ada bergambar dengan Johan (Botak) tapi lupa nak minta dekat Atiqah. Asyik lupa je aku ni haih. Oh, kitorang buat henna dekat tangan juga hehe.

Monday, 4 June, 2012
Ini hari pula kitorang berempat pergi The Mines. Tengok movie Hoore Hoore. Not bad le cerita ni. Tak buat apa sangat pun time ni tapi terasa bahagia juga le. Oh, Nasrul shopping time ni. Tengok tengok. Aku ingat aaa haha.

Saturday, 16 June, 2012
Aku, Atiqah & Nasrul. Ye, kami bertiga je yang keluar pergi Alamanda. Ini pun plan last minute. Petang baru gerak. Kitorang tengok movie Bini Biniku Gangster. Cerita ni.... bosan. Macam biasa je sebab aku tak minat sorang pun pelakon dia and tak minat Pierre Andre haha mungkin sebab ni lah aku tak berapa suka movie ni kot muahaha.

Thursday, 26 June 2012
Kali ni.... lain sikit. Terlalu lain haha sebab aku dengan Naem je keluar. Aku pun taktau le mana datang rasa berani nak keluar berdua dengan lelaki eceh haha. Tapi betul lah. Dah 3 tahun tak keluar berdua dengan lelaki, tetiba hari ni keluar dengan Naem je. Aku dah le tak berapa rapat dengan Naem time ni sebab... adalah haha. Hey, aku rasa dah bertahun tak bergambar berdua dengan kau, Naem. Seingat aku last bergambar dengan kau time aku pakai cardigan pink tahun lepas! Haha ingat lagi, der. Jangan main gila dengan wa, kay haha. Dengan Nasrul, last tangkap gambar berdua 20 May 2012. Pergh. Nampak tak betapa jurangnya kami? HAHA ni apehal tetiba cakap pasal tangkap gambar berdua pula ni haha. Takde, nak korang faham yang aku dengan Naem memang dah tak rapat macam dulu sejak.... sejak... kes lama haha. Ye, bayangkan betapa awkward-nya aku time keluar berdua ni. Kitorang tengok movie Abraham Linclon : Vampire Hunter. Ah, movie ni sangat awesome sebab Abraham sexy! Cara dia hayunkan kapak, ketinggian dia.... Ah, sexy! Tengok dia tetiba teringat Liam Payne dengan Lee Min Ho haha. Yang penting, dia tinggi okay. 191cm. Tengok, wa Google okay ahaha. Sebelum movie ni start, kitorang makan dekat Johnny's Restaurant. Duduk berdepan... Ye, sangat awkward. Dah makan, duduk dekat tempat bowling. Duduk berdepan tapi Naem kiri aku. Faham tak? Ahaha. Dalam wayang, seat penuh dengan couple. Bertambah awkward. Tapi, lepas start movie, aku dah macam lupa aku dengan siapa time tu ahahaha sebab Abraham sexy. Tak habis habis hehe. Kesimpulannya, keluar dengan Naem ni sangat err errr errrrrrrr haha. Sampaikan nak message Atiqah "Awkward awkward awkward!" terhantar pula dekat Naem. Ya Allah. Time tu rasa macam... "I'm dead!"
Segan gila weh! Naem dok gelak gelak. Siak je. Boleh pula dia cakap "Nak hantar dekat siapa ni haaa" Okay, mana lombong! Haha. Then, bila dah sampai rumah dalam pukul 5:15, pukul 5:30 dengar ada message masuk. Tengok tengok, Naem. Dia cakap thanks sebab bagi hadiah. Nak baca apa message dia? Mesti nak en. Korang mana boleh taknak tahu semua cerita aku. Faham dah ahaha. Ni dia,
" Aimie! Thank u hadiah ni. Baju tu sgt lawa. Rantai Superman tu mcm tau2 je aku tgh carik and nota tu so sweet. Mlm nnt aku bace :D Okay nasib baik aku tak bawak hadiah td. Heheheh. Btw thank youuuu! :) "
Speechless bila baca message ni haha. Aku macam errr betul ke hadiah tu buat kau happy sangat ni? Macam tu lah... haha sebab aku just bagi hadiah yang simple je tapi mahal okay! Sebab guna duit sendiri hahaha! Tak tak. Aku tak berkira. Saja je cakap. Yang penting, aku merantau sampai ke Perak, Melaka & KL untuk cari semua hadiah ni, kay Naem haha! Tau tak apa buat aku happy? Bila orang orang yang aku sayang happy sebab aku :') Wah! Panjangnya aku cerita pasal hari ni hahahahaha shut up! Sepanjang hari ni, aku asyik pegang phone je haha. Kesian, Naem hehe. Dia pun, pegang jela phone jugak ahahahaha!

Sorry, kay Naem. Aku segan lah... ehee.
Bukti aku tak omong kosong! HAHA. Watlek, Nasrul tetap di hati haha *muntah* Ni tengah teman dia main Drum Mania dekat G-City. Aku duduk jela situ pegang phone haha. Kenapa aku tangkap dia tengah main ni? Biar aku dengan Naem je yang faham ahaha.

Okay, itu ajeeee. Sepanjang cuti 2 bulan ni, ini jela yang aku buat. Yang selain daripada tarikh tarikh di atas, aku just duduk rumah, besarkan badan. Ye, teramat nampak perbezaan badan aku sekarang. Ah, lantak haha. Okay, dah penat gila dah ni. Kaybye!