Assalamualaikum :)
Ehem, agak agak ada tak yang baca ni eh? Yela, dah lama tak rogol keyboard ni, melempiaskan segala nafsu yang ada dekat blog ni muahaha. Kita kotor pemikiran bertempat ye. Korang je fikir lain nyehehe.
Alhamdulillah, rezeki Jumaat, class Account cancel, dan terus anjak class Law time class Account pukul 10AM - 12PM. Dan di situ, terpancarlah keceriaan yang tak terkira yang jelas terpancar dari muka aku, of course lah kan & Amalina. Weehuu~ Bahagia tak terucap!
Dua minggu tak balik, amatlah menyeksakan jiwa. Itu baru dua minggu. Lepas cuti seminggu ni, dah taktau nak ambil kesempatan dekat mana untuk balik Putra. Kay ... macam mana nak hidup ... hmph. Tu pun, sehari lepas balik Ipoh, terus demam. Enough, Mie! Kau ni manja sangat! Sikit sikit nak balik rumah! Tengok macam Nasrul tu. Tak balik rumah pun takpe. Dah kenapa tetiba nama dia jugak yang terpacul haha. Takkan Naem kot. Dia ulang alik dari Bangi ke Banting. Atiqah? Dia lagi ah. Sama je macam aku. Asyik nak duduk bawah ketiak mak dengan ayah je muahaha!
Seminggu ni, harus dinikmati dengan penuh nafsu. Harus menikmatinya tanpa rasa kesal. Harus menikmatinya dengan hati yang gembira. Haruslah gembira kan? Dah duduk Putrajaya tak gembira jadahnya. Putrajaya weh, Putrajaya! Weehuu~
Assignment ada ke tak? Adoi, baiknya lecturer aku kan sampai nak bagi kitorang rehat seminggu ahaha. Haruslah ada kan. Lecturer mana pernah senang tengok student dia senang hati time cuti. Ada je benda nak bagi buat student dia resah. Assignment lah, hafal itu lah, lepas cuti ada test & quiz lah. Itu. Itu lumrah sebagai student di mana mana IPT, ye dok? Kay, annoying much :B
Rasa bersyukur sangat dapat balik ni :')
Dan kini, selamat sampai ke rumah tercinta dengan gahnya hihi.
Semalam, download gambar gambar dekat Facebook, perasaan rindu serang dengan mendadaknya. Bahagianya aku dulu. Kurusnya aku dulu. No, I mean, nak dibandingkan dengan sekarang kan huhu sedih! Kenapa sekarang dah tak bahagia macam dulu eh? Kenapa aku lagi suka perangai kawan kawan yang dulu eh? Sekarang diorang dah lain ... Cakap orang. Diri sendiri pun dah lain T.T Tapi, seryes. Dulu bahagia. Sekarang derita. Ah! Aku kalau dah start menaip ... ada je yang nak diungkitkan pasal dulu. Hergh. Tak pernah berubah perangai annoying kau ni, Mie ==' Macam manalah bila dah kahwin nanti. Ahaha wajib ada kahwin tu! Nyehehe! Gatal nau :B
Dulu bahagia, weh. Dulu bahagia! :'(

