Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;)
Ya. Aku tau mesti ramai yang sedang menunggu post ni. Takdelah ramai. Dua orang je. Haha. Sedihnya. Tsk tsk. Tapi, maaf. Post kali ini akan menghampakan kalian sebab, aku ketandusan idea nak nuleh apa.
Semalam, empat belas haribulan sebelas tahun dua ribu sebelas, haha tensen, bertemu jua kami berempat iaitu Atiqah, Nasrul, Naem & aku lah, siapa lagi, serta Nimi, Fakhri & Rahmad. Aku dah bersemangat nak jumpa dorang ni sampai bangun 5 pagi. Tidurnya pukul 3 pagi. Semangat over beno. Tengah khusyuk pakai eyeliner, tetiba Si Nasrul message cakap dia dekat Kelantan. Dah baca, aku baca dua tiga kali balik message tu, then, sambung balik pakai eyeliner yang tergendala dengan perasaan yang sangat cool, mulut tak berbicara karut sebab aku tau, Nasrul hanya mainkan peranan sebagai pelakon yang tak reti nak berlakon. Hello, Nasrul. You nak berlakon dengan I, pelakon yang telah menerima terlalu banyak anugerah, okay. So, you failed! Untuk jadi hero dalam filem baru I, Abe Nepal Balik Kelate. Nate mu, Nacul. Mu memang nate mu tahu dok? Nate. Okay, setop, Aimie.
Dah siap, jumpa Atiqah dekat tempat biasa, jalan kaki dekat tempat biasa, dan terus menuju ke Medan Selera dan seterusnya ke ... sekolah tercinta! Hajat nak jumpa Pn. Marlina tapi dia takde. Nampak Pn. Sartini tapi, dia hilang pi mana tah. Sedih je tak jumpa mana mana cikgu. Hmph. Takpe, kekgi serang dumoh Pn. Marlina. Hehe. Oh lupa, jumpa Nimi! Omomomo. Sedih je dia tak dapat ikut. Sedih sedih. Dah tu, pergilah Alamanda. Mana lagi mau pergi kala duit takde. Nyahahaha!
Sampai Alam, makan dulu. Tu yang penting ye. Perut dah buat konsert dangdut. Dah tak boleh bendung dah. Satgi, orang dengar, buat malu den aje. Tengah borak, Fakhri pun sampai diikuti Rahmad. Then, pergi tangkap gambar dan, karaoke! Yeayyyy! 2jam30minit kau karok. Lagu bebukan dok nyanyikan. Hamek kau dengan Saloma, P. Ramlee, ceruk mana tah lagu. Nasib baik takde list lagu Hindustan. Kalau tak ... haha. Dengan tetibanya Ning Baizura datang, join karok. Dah. Lemah sudah. Dah tak larat nak gelak. Mengucap panjang jela time dalam bilik tu. Banyak kejadian sensord. Aku taknak nyatakan dekat sini. Aku malu dengan apa yang aku saksikan. Haha. Kaydiam.
Last sekali, sebelum balik, impian nak tangkap gambar berempat tapi, aku taktaulah jin mana rasuk Atiqah dengan Naem ni sampai meroyan dekat Alam dok kecek Kelate. Nasrul tak pulak join. Dorang yang beria cakap Kelantan. Balik balik perkataan sama je ulang. Konon Kelantan habis ah ni? Tolong. Haha. Aku taulah aku tak reti cakap Kelantan kan. Ni belum lagi masuk Amalina ni. Kalau dia join, kay, Atiqah, kau balik sesorang ye. Aku angkat kaki dulu. Ha! Ha! =='
Okay, dah habis! Aku dah taktau nak dok carut apa dah. Penat semalam belum hilang. Penat apa? Penat gelak. Penat meghoyan. Ahhh! Penat penat penat! Yang teramat. Kegilaan melanda semalam, tersangatlah gila. Tak boleh nak explain secara detail. Terlalu gila. Tak terucap.
![]() |
| Ehem. Haruslah bergambar bersama Miss Lendu. Nyahaha! Muka nak suci je kan kami ni. Biasalah. Kitorang kan bakal businesswoman. So, kenalah rajin pergi spa bermula dari 18 tahun ni. Cuma aku je lepas ni kena rajin pergi gim. Hahaha! Okay, pergi spa, muka suci tu tipu ==' |
![]() |
| Mak nyahs terhangat di pasaran Lombok. Tapi, yang baju kotak kotak, baju purple tu I dah jadikan anak ikan I ye. Haha. |
![]() |
| Inilah sebab kenapa aku bersemangat nak keluar. Ye. Sebab Bangla ini. Sebab dah 6 bulan tak jumpa ye. Kau fikir apa? Tumbuk kang ==' |
![]() |
| Semua perfect. Tang aku ... kay, nak keluar dari geng. Kaybye! ==' |
![]() |
| Masih menggila. Masih bersama sehingga sekarang. Moga kekal sampai bebila ye :') |
Banyak lagi gambar tapi takkan aku nak edit semua. Amboi. Ada gambar aku dah okay, Atiqah pi delete. Bagus betul Atiqah ni. Kalau ye pun, bagilah aku crop dulu ke gambarnya. Haha. Okay, sorry Atiqah. Haha.
Last but not least,
Saya, Nurul Aimie Binti Azmee, mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua sebab buat hari biasa ni bermakna. Sepanjang aku belajar sana, dalam hati selalu memendam rasa nak keluar macam dulu, dan harini, dapat pun jumpa korang semua. Aku have fun sangat harini. Aku takkan biarkan satu detik pun terlepas pandang apa yang kita buat harini. Setiap detik, aku jaga, aku ingat sampai bila bila. Lepas ni, memang sahlah kita tak jumpa lagi macam ni, kan? Seksa betul nak tunggu semua cuti sem next year. Sumpah. Seksa. Apahal sebak pulak dahhhh. Tsk tsk.
14 November 2011. Bukan hari biasa.
Jumpa lagi next sem break :')






