Tiga hari minggu ni banyak yang disesalkan, mungkin. Mengorbankan sesuatu yang kononnya dapat dicapai suatu hari nanti, terpaksa dilepaskan untuk membuat pilihan antara yang terbaik dan kedua terbaik, mungkin. Bukan senang nak hadapkan muka dengan hati yang tak terlalu gagah untuk mengharungi sesuatu yang perlukan kegagahan hati dan otak. Tak senang.
Pertarungan makin menghampiri, tapi, dugaan datang hari demi hari. Terlalu banyak yang perlu digendong, terlalu banyak untuk selesaikannya dalam satu saat. Kau, yang tak tahu apa erti kesusahan dari kecil, baik kau undurkan diri dan hentikan semua perangai kau yang jelak tu. Muak dengan perangai kau. Baik kau, baik yang lain. Semuanya aku dah muak.
Dilahirkan terlebih dahulu dalam kalangan adik-beradik bukan satu bebanan, bukan satu kemudahan dalam hidup. Ada payahnya, ada getirnya. Ada sihatnya, ada sakitnya. Tak perlu nak buat andaian tentang keadaan kehidupan aku sebagai seorang anak sulung yang dipertanggungjawabkan untuk tanggung, jaga keluarga aku. Sebelum ni, aku bagai lupa aku ada keluarga. Keluarga yang perlukan perhatian seorang kakak dan kasih sayang seorang kakak. Aku abaikan semua tu. Semuanya bermula semenjak aku di alam maya aku yang kononnya buat aku bahagia untuk selama-lamaya bersama insan yang kononnya sangat lengkapkan diri yang tak berapa sempurna ni. Tu semua kononnya.
Tahun ni, masa ni, saat aku menghadapi peperangan yang sangat besar dalam kehidupan terakhir remaja di alam persekolahan sebagai seorang murid, semua alam maya yang diimpikan hingga ke akhir hari, musnah di pertengahan hidup pada tahun ni. Semuanya terburai. Hanya meninggalkan sisa kebencian dalam hati. Sisanya akan terpadam suatu hari nanti, mungkin. Terpadam segala memori penipuan juga akan terpadam suatu hari nanti, mungkin. Semuanya mungkin. Tiada lagi kepastian yang pasti buat saat ni.
Dalam waktu yang terlambat kini, menekadkan diri untuk mengubah semuanya sangat samar. Diam. Aku tak perlukan pertolongan kau untuk sokongan padu. Aku cuma perlukan sokongan yang pasti dari diri aku sendiri. Tak perlu bernasihat dengan aku. Bosan dengan perangai kau yang acuh tak acuh. Aku tak perlukan simpati. Aku cuma perlukan privacy. Diam. Jangan banyak cakap. Tak semua rahsia patut diungkapkan kan? Diam. Suara kau buat aku sakit.
Kini, yang pastinya, menerapkan perubahan yang baik dalam diri, sudah ditetapkan. Meninggalkan semua yang tak perlukan aku sudah pasti akan dilakukan dengan serta merta. Aku ada hidup. Aku berhak buat apa sahaja yang buat parents aku bahagia. Hari-hari sesalan aku yang terdahulu buat aku mengangkat tangan, berikrar takkan diulangi lagi lepas ni. Cukuplah dengan penderitaan yang dialami parents aku sendiri. Gamaknya aku melakukan semua tu dahulu. Penyesalan mungkin satu perkataan tapi bukan satu maksud. Berbagai maksud boleh dinyatakan disini. Dan, berbagai corak penyesalan yang boleh terungkai untuk seorang manusia.
Sakit yang menusuk mungkin akan dialami untuk berubah. Yang diperlukan sekarang ni hanya kekuatan hati dan mental serta doa. Balik ke pangkal jalan adalah pilihan paling tepat buat masa ni. Sangat tepat. Yang aku harapkan, semoga keluarga aku baik-baik sahaja lepas ni dan semoga Tuhan sentiasa mengiringi aku untuk tempuh segala kemelut yang melanda. Hati yang penat memang tak dapat direhatkan. Punca kepenatan juga tak dapat dikenal pasti rupanya. Yang pastinya, berbagai rupa puncanya dan buruk-buruk semuanya. Dan, yang pastinya sekarang, aku dah kenal yang mana mencantikkan hati, yang mana merosakkan hati. Cuma sesetengah sahaja yang tak pasti lagi.
Sudahlah. Tamatkanlah semua pendustaan ni, penderitaan ni. Sakit dirasai bila diri ni sedar akan kesempatan telah diambil ke atas diri ni. Aku buta, aku lalok sebelum ni sebab terlalu memuja akan keagungannya. Kegelakkan mungkin satu ubat yang paling mujarab yang pernah aku telan. Tapi, bukan setiap masa aku memerlukan ubat ni. Kesannya, inilah. Lalok. Khayal dengan dunia yang kononnya bahagia bersamanya. Bosan dengan semua ni. Sekarang, motto yang sangat pasti telah dikenal pasti yakni, Straight To The Point. Aku inginkan kejayaan untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Untuk senyuman di hati mama dan ayah aku. Bukan sebab lain. Dan untuk genggam semua tu, aku kena buat jalan yang sangat lurus, yang tiada celanya, yang tiada bengkoknya. Sangat lurus untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya aku tuju.
Ma, Ayah. Maafkan Aimie. Akan ditebus segala dosa yang Aimie lakukan selama ini. Doakan Aimie berjaya untuk bina jalan yang paling lurus dalam hidup. Doa Mama, doa Ayah sangat dibutuhkan Aimie saat ni. Semoga, Aimie sempat tebus semuanya sebelum Aimie dikuburkan. Amin.

