Myspace Page Dividers

You Know My Name, Not 25 Facts About Me

Happy Friday, readers. Ceh. Haha. Baru kejap tadi aku baca blog We Are Spongebob and Patrick yang di post oleh Atiqah Rozman and blog Daia Zulkarnain. So, firstly, aku nak cakap, Atiqah, kau emang dasar! Haha. Berani kau cakap aku kahwin dengan Naem. Kurang manis betol ayat kau. Sabar je. Pfttt. Ye, aku tau, se-taiko-taiko kau pun ada jugak perasaan mulia kan. Bak kata orang sekarang "dalam hati ada taman". Menggelabah je ayat. Tapi dalam hati kau ada Nasrul kan? Haaaa. Amek touwwww. Ghahahaha. Aku rasa aku tau apa yang kau tengah fikirkan. Aku pun tengah terfikir-fikir apa yang kau fikirkan, Atiqah. Haha. Over =='

Secondly, saya mahu buat apa yang telah Cik Daia tag kepada saya, cikgu. Over! Tapi saya rasa 25 memang tak cukup. Al maklumlah, saya kalau dah start menaip memang tak ingat number ke berapa saya sudah buat. Lalala. Kalau terlebih takpe kan kan? Hee. So, here there are.


You know my name but not my story.

1. Sama macam Daia, saya seorang gila gila gila camera. Tapi takdelah gila sangat. Cuma suka snap gambar syok sendiri je and snap gambar orang lain. Hoho. Kalau dah pegang dSLR, jangan harap aku nak lepaskan. Haha. Bila tah nak dapat dSLR :(

2. I am a friendly person too. Sometimes jugak. Haha. Tengok mood and oranglah. Ngeh ngeh ngeh.

3. Seorang pendendam. Yeah. Sekali aku tak suka, selamanya aku takkan suka. Aku tak suka sebernanya nak dendam-dendam ni tapi kalau orang yang lahanat suka cari masalah kan, takkan nak diam je. Aku bukan Cinderella yang mulia je hati dia. Aku Aimie. Yang suka buat apa yang aku rasa aku patut buat.

4. Seorang yang kuat firasat. Yeah. Aku bukan nak bangga sangat. Tapi kadang-kadang jela aku ni kuat firasat. Haha. Ni semua terbukti apabila ada sesetengah orang yang aku cuba nak hapuskan sangkaan buruk, tapi, aku tetap tak boleh hapuskan sebab dalam masa yang sama, perangai sebenar orang tu dah terbongkar and perasaan aku kuat sangat-sangat yang orang tu memang lawan aku. Hoho. Setakat ni memang dah banyak firasat aku betol. Cuma sorang je yang buat firasat aku salah, Daia :D

5. Suka sangat dengan bunga rose and lavender. Hee.

6. I am a shopaholic. Jangan bawak aku pergi kedai baju yang lawa-lawa. Boleh gila jadinya kalau tengok baju, kasut, beg. Hummm. Bau baju, semua barang tu paling wangi dekat dunia ni. Sekali aku dah pandang baju, kasut, beg tu, selama-lamanya aku takkan lepaskan. Haha.

7. Menginginkan twins. Boy and girl. Hoho. Eyh, hello. Siap dah pilih nama okay. Kalau boy, ALWAN DUREE DASUQEE. Kalau girl, ALWANEE DURAH DANEEA. Huah. Terkejot berok tak? Haha. Kalau tak dapat pun, I want a son first then a daughter. So, my son would beat up any boy that makes my little girl cry. Haha. Gila betol aku ni. Tapi, aku nak jugak kembar lelaki dengan perempuan. Nak jugakkkkkkkkkkk.

8. Kadang-kadang tetap pendirian, kadang-kadang tak tetap. Hehe.

9. Bukan nak bongkak tapi aku ni bolehlah dikira seorang perempuan yang setia. Haha. Aku tak suka relationship yang kejap. Aku suka relationship yang lama, yang kekal. Kalau kawan pun aku tak suka kejap kawan kejap tak. Kalau boleh, aku nak kawan aku tahun ni semuanya kekal okay. Hoho.

10. Nak kata kreatif tu, tak jugak. Kalau setakat melukis boleh lagi laaa. Kalau dah start warna dengan water colour, memang hancus lukisan aku. Hoho.

11. Sudah tekadkan diri taknak couple. Nak terus kahwin! Haha. Gatal. Buat masa ni, hatiku belum dimilik mana-mana lelaki. Sumpah. Aku dah serik nak suka dekat lelaki sebab dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah genggam orang yang aku nak. Kesian betol kan aku? Huah huah huah. So, janganlah percaya sangat gossip-gossip yang korang dengar okay? Semua itu dusta. Kalau ada yang betul pun, tolong jangan percaya jugak sebab saya dalam proses untuk melupakan orang yang saya suka. Lala. Haha.

12. Atiqah, Amalina, Daia, Nasrul, Naem and Nimi kawan terbaik yang aku pernah dapat.

13. I am the eldest in my siblings. Yeah. Sangat berat tanggungjawab aku. Kalau mata yang memandang pun berat, apatah lagi berat yang memikul kan? Huahhhh.

14. Saya seorang yang degil and panas baran. Haha. Tapi se-bengis-bengis muka aku ni pun, hati aku lembut kalah sutera tau. Haha. Kalau kucing yang aku paling aku anti kelaparan pun aku kesian bila menatap matanya, ni kan orang. Haih. Haha. Bajet baek.  Tapi betul okay. And seorang yang berfikiran jauh and suka fikir dulu apa yang terbaik before make any decision. Hahaha.

15. Makanan pedas memang wajib dalam hidup. Tak suka makanan masam jugak. Western food idaman hati, seafood penyakit hati. Haha. Aku benci seafood kecuali ketam. Pehh. Kalau ketam masak dengan sambal sedap uhmmmmm. Haha

16. Masa kecik-kecik dulu pernah kena buli and jadi kuli. Sekarang, Puan Besar Aimie sudah bangkit merubah segalanya. Haha.

17. Seorang yang sangat jujur. No wonder lah kan aku post apa yang aku tak puas hati dekat blog. Atiqah dengan Naem dah kena. Haha. Aku memang tak suka pendam. Aku suka muntahkan je. Tapi ada beberapa secret je aku tak boleh nak muntahkan. Sebab, ......... :D

18. Suka nyanyi. Walaupun suara macam singa. Dulu benci karoeke tapi sejak tahun ni aku dah jadi penagih karoeke. Haha. Kalau hujan tu, maknanya aku nyanyi lah tu tau? Kah kah kah kah =='

19. Aku bukan jenis yang cepat sayang or sukakan orang and bukan orang yang cepat melupakan orang yang dah ada dalam hati. Lala.

20. Suka makan. Suka gila gila. Aku nak kurus dari dulu lagi. Tapi tak kurus-kurus! Arghhhhhh! Benci tau. Any tips for me? Haha. Muka pulak penuh dengan jerjerjerjerawat :D

21. Kuat cemburu memang perangai aku yang memang tak boleh aku nak hilangkan. Memang kuat cemburu gila ah.

22. Aku kalau lepas marah orang memang aku menangis. Taktau ah kenapa. Benci kot dengan benda alah ni.

23. Seorang yang sangat cerewet. Baik makanan, baik kerja. Kalau makanan tu, memang susahlah nak ikut taste tekak aku. Kalau bab kerja pulak, aku nak semuanya perfect. Walaupun aku and otak aku tak perfect. Macam aku update blog ni. Kalau boleh, satu cela pun aku taknak. Haaa. Lalalala.

24. Sangat sayang dengan family and kawan. Bagi aku, doranglah bunga, doranglah kumbang. Doranglah matahari, doranglah bulan. Doranglah senyuman, doranglah mencebekkan bibir. Haha. Dari dulu lagi aku tak ngam dengan sedara-sedara aku. Asal tah. Memang tak ngam langsung. Sebab dorang suka pandang rendah dekat family aku. Anggap aku and family hina. Dorang je mulia. Maklumlah, dorangkan berduit and berotak. Cuma sesetengah je yang okay. Boleh kira dengan jari je.

25. Dulu aku fanatik dekat Siti Nurhaliza kot. Jangan main gilaaa. Haha. Sampaikan aku main cop-cop dengan adik aku. Haha. Adik aku, aku paksa dia amek Erra Fazira. Siti hanya milikku. Haha. Tapi, sekarang dah tak dah. Menyampah sudah. Sekarang, aku jadikan Vanessa Hudgens icon aku. Hehe. Walaupun tak secomel dia. And, aku suka tengok Zanessa (Zac and Vanessa). Sweet je kan kan? :D


Haaa. Tu jelah yang dapat aku muntahkan. Dah tak larat ni. Esok kena bangun awal sikit sebab ada seminar. Sekarang ni pun aku tengah takde mood sangat sebab adik aku yang last tu sakit. Cuak aku tengok dia. Layu je. Haih. Masalah memang sayangkan aku. Aku tau sangat masalah mesti rindukan aku kalau aku tengah happy. Biba betol. Ni nak tag dekat siapa ha? Siapa je baca blog aku. Haha. Atiqah? Rajinnya dia nak buat benda alah ni. Haha. Aku tag dekat siapa-siapa jela okay. Nenek ke Atok ke Moyang ke, amek lah. Titew tak kisah. Lalalala.